28 hari sahaja lagi

Assalammualaikum wbkth,
Alhamdulillah, hari ke-15 Syawal kita masih lagi berada bersama-sama rakan-rakan dan keluarga tersayang. 28 hari sahaja lagi sebelum tibanya UPSR. Apakah anda sudah bersedia untuk menghadapinya anak-anak tahun 6. Guru-guru hanya mampu memberi ilmu dan tips menjawab soalan tetapi yang selebihnya terletak pada anda sendiri. Jika selama ini anda berasa bahawa anda mampu maka inshallah anda pasti mampu. Jangan mengalah dan teruskan perjuangan. Tunjuk dan buktikan bahawa kalian boleh dan sentiasa boleh. Selamat berjuang. Semoga kejayaan milik kita,

PEMBIMBING RAKAN SEBAYA

FALSAFAH PEMBIMBING RAKAN SEBAYA

PRINSIP PRS

BANTU DIRI UNTUK MEMBANTU RAKAN LAIN

PERANAN
1. MENJADI RAKAN YANG PEKA KEPADA PERASAAN DAN KEADAAN SEKELILING.
2. KHIDMAT SOKONGAN
3. SUMBER KEPADA RAKAN UNTUK DAPATKAN BANTUAN.
4. SEBAGAI PELAJAR CONTOH KEPADA RAKAN LAIN.

ASAS MENOLONG
1. PENDENGAR YANG EMPATI.
2. PENDENGAR YANG BERMINAT.
3. SENTIASA MEMBERI PERTOLONGAN
4. MEMAHAMI BATASAN DAN KEUPAYAAN DIRI.
5. SENTIASA BERUSAHA MENINGKATKAN DIRI DARI PELBAGAI ASPEK.
6. MELAPOR KEPADA KAUNSELOR TENTANG KES YANG BOLEH MEROSAKKAN DIRI DAN ORANG LAIN
7. MEMATUHI PERATURAN SEKOLAH DAN NORMA MASYARAT

ETIKA PRS

1. AMANAH DAN MENYIMPAN RAHSIA.
2. MENERIMA DAN MENGHORMATI RAKAN DAN ORANG LAIN.
3. SENTIASA MENGAMBIL BERAT.
4. MESRA
5. JUJUR
6. TERIMA TANPA SYARAT

SIFAT –SIFAT PEMBIMBING RAKAN SEBAYA
CUT APPLE A

C ( Caring ) – Penyayang
U ( Understanding ) – Memahami
T ( Trusting ) – Boleh dipercayai
A (Acepting – Menerima

SIFAT –SIFAT PEMBIMBING RAKAN SEBAYA
CUT APPLE A
P ( Patience ) – Sabar
P ( Positive) – Berfikiran Positif
L ( Listening ) – Mendengar
E (Empathy ) – Empati

Selamat Datang

Minggu ini kita menerima seorang lagi guru UBK. Beliau merupakan bekas guru dri Sekolah Kebangsaan Haji Baki, Kuching. Cikgu Mutiah Roslan berpengalaman sebagai seorang kaunselor selama 4 tahun. Sekolah ini merupakan sekolah kedua beliau bertugas. Berasal dari Kampung Buntal, Kuching dan pernah belajar dalam jurusan kaunseling di Universiti Malaysia Sarawak.

Kita amat mengalu-alukan kedatangan Cikgu Mutiah Roslan. Moga dengan pengalaman beliau di sekolah lama boleh dikongsikan di SK Semerah Padi ini. Selamat bertugas di sekolah baru.

Hari Pertama Masuk Sekolah

Hari Pertama Masuk Sekolah

Image

Selamat Kembali Ke Sekolah

Tahniah kepada anak-anak SK Semerah Padi kerana berjaya hadir ke sekolah bagi urusan pendaftaran hari ini. Selamat kembali belajar moga tahun ini semangat belajar kalian semakin bertambah dari tahun lepas. Sahutlah cabaran ibu bapa dan guru untuk berjaya dalam kehidupan. Tiada kejayaan tanpa pengorbanan dan tiadalah harapan tanpa perjuangan. Unit Bimbingan dan kaunseling sedia menyediakan program untuk kejayaan anda. Selamat belajar.

Tahniah di atas kejayaan anda.

Tahniah di atas kejayaan anda.

Image

Program Melangkah Ke Alam Remaja

TAJUK PROGRAM
Program Melangkah Ke Alam Remaja 2012.

PENGENALAN
Program Melangkah Ke Alam Remaja anjuran Unit Bimbingan Dan Kaunseling difikirkan penting oleh pihak sekolah untuk memberikan persediaan kepada murid SK Semerah Padi sebelum Melangkah atau Mengharungi Alam Remaja yang terasa asing dan penuh cabaran.

RASIONAL
Program Melangkah Ke Alam Remaja ini akan dapat memenuhi hasrat dan matlamat sekolah, PIBG, Pejabat Pelajaran Daerah Kuching, Pejabat Pelajaran Negeri Sarawak dan Seterusnya Kementerian Pelajaran Malaysia untuk melihat muri-murid Sekolah Kebangsaan Semerah Padi, Kuching berpengetahuan berkaitan persiapan sebelum Melangkah Ke Alam Remaja.

MATLAMAT
Memberi persiapan kepada murid-murid Sekolah Kebangsaan Semerah Padi yang akan melangkah ke Alam Remaja dan lebih bersedia sekiranya telah sampai ke tahap tersebut agar tidak tersalah langkah dan terjerumus dalam perkara yang tidak sihat dan tidak diingini.

OBJEKTIF
Diakhir program ini, murid-murid telah dapat :

Mengetahui perubahan dalam diri mereka sama ada secara fizikal
Mengetahui perubahan dalam diri mereka sama ada secara mental
Mengetahui perubahan dalam diri mereka sama ada secara jasmani
Mengetahui perubahan dalam diri mereka sama ada secara rohani
Mengetahui perubahan dalam diri mereka sama ada secara biologi
Cabaran yang akan dihadapi semasa beranjak ke Alam Remaja

TARIKH, MASA DAN TEMPAT
Tarikh : 03 Mac 2012 (Sabtu)
Masa : 8.00 – 10.00 pagi
Tempat : Kantin, Surau Dan Perpustakaan & Bilik Kemahiran Hidup
SK Semerah Padi

SASARAN
Semua Murid Tahun 3-6 Sekolah Kebangsaan Semerah Padi

BILANGAN PESERTA
Bilangan Peserta : 691 orang murid
Murid Lelaki : 372 orang
Murid Perempuan : 319 orang

PENCERAMAH

• Ustaz Mohd. Ridzuan Bin Amet (Guru Pelatih PAI dari Maktab Batu Lintang) menggantikan Ustaz Mat Sulaiman Bin Hamat ( Penyelaras Tahun Enam/Guru PAI Sekolah Kebangsaan Semerah Padi, Kuching)
• Ustazah Habibu Binti Sanyut ( Ketua Panitia PAI & Guru PAI Sekolah Kebangsaan Semerah Padi, Kuching)
• Ustaz Shaufi Abd Jabbar Bin Salamin (Guru Pelatih PAI dari Maktab Batu Lintang)
• Ustazah Nor Zahiran Binti Md. Noh (Guru PAI Sekolah Kebangsaan Semerah Padi)

This slideshow requires JavaScript.

TENTATIF PROGRAM
Pelaksanaan
Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah s.w.t atas limpah, rahmat dan inayah-Nya, dapatlah Program Melangkah Ke Alam Remaja Sekolah Kebangsaan Semerah Padi 2012 dilaksanakan dengan jayanya.
Murid-murid dibahagikan kepada empat bahagian dan ceramah berjalan secara serentak. Murid-murid Tahun 3 dan Tahun 4 lelaki ditempatkan di bilik Kemahiran Hidup dan ceramah disampaikan oleh Ustaz Shaufi Abd. Jabbar Bin Jamain. Murid-murid Tahun 3 dan Tahun 4 Perempuan ditempatkan di Bilik Sumber dan ceramah disampaikan oleh Ustazah Nor Zahiran Binti Md. Nor. Murid-murid Tahun 5 dan Tahun 6 lelaki ditempatkan di Kantin dan ceramah disampaikan oleh Ustaz Mohd. Ridzuan Bin Amet. Murid-murid Tahun 5 dan Tahun 6 perempuan ditempatkan di Surau dan ceramah disampaikan oleh Ustazah Habibu Binti Sanyut.
Program ini mendedahkan mereka tentang rahsiah remaja atau siapa itu remaja. Selain itu, mereka juga diberikan pendedahan tentang siapa itu remaja yang cemerlang. Di samping itu, mereka diberikan situasi dan keadaan yang mereka akan hadapi semasa bergelar remaja iaitu perubahan fizikal, sosial, biologikal serta persekitaran. Mereka juga turut diberikan peringatan berkaitan cabaran yang mereka akan hadapi semasa bergelar remaja agar tidak terjerumus ke dalam gejalah yang tidak sihat.

PENUTUP
Dengan adanya program seperti ini, besarlah harapan kami agar segala input yang diberikan pada hari ini dapat digunakan oleh murid-murid Tahun Tiga hingga Tahun Enam SK Semerah padi semasa berganjak melangkah ke Alam Remaja.

Disediakan oleh

Unit Bimbingan Dan Kaunseling

Program Latihan Kebakaran dan Pengusiran Bangunan

Alhamdulillah kerana program Latihan Kebakaran dan Pengosongan Bangunan telah selamat diadakan walaupun tarikhnya ditunda sehari disebabkan masalah teknikal. Walau bagaimanapun kita sangat bersyukur kerana perjalanan program ini mengikut perancangan dan tiada sebarang perkara yang tidak diingini berlaku.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Petra Jaya telah menghantar dua pasukan untuk program kali ini di mana skuad pemantau yang terdiri daripada 4 orang dan pasukan jentera yang terdiri daripada 11 orang anggota bomba. Sedikit taklimat diberi sebelum loceng dibunyikan. Pasukan pemantau setelah melihat secara terus pergerakan murid dan guru semasa latihan diadakan dan telah memberi teguran-teguran membina kepada pihak sekolah.
Dalam pada itu, pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat juga telah memberi satu slot ceramah yang bertajuk “Tatacara Pengusiran Bangunan”. Ceramah ini memakan masa lebih kurang satu jam. Ceramah meliputi pemantauan yang telah dibuat anggota bomba semasa latihan dijalankan selain teguran-teguran terhadap guru-guru berkaitan tindakan semasa berlakunya kecemasan.

This slideshow requires JavaScript.

Takziah….

Salam Takziah buat keluarga adik Mohd Idris Roni, bekas pelajar SK Semerah Padi yang hilang di sungai dua hari lepas. Moga tabah menerima musibah yang menimpa.

Selamat Tahun Baru 2012 dan Selamat Kembali Ke Sekolah

Selamat Tahun Baru 2012 kepada semua warga Sekolah Kebangsaan Semerah Padi. Selamat kembali ke sekolah juga kepada murid-murid sekolah. Selamat kembali belajar dan berjumpa kembali kawan-kawan yang anda tinggalkan sepanjang cuti ini. Moga tahun baru ini memberikan kejayaan buat kita dalam menjayakan visi dan misi sekolah. Bagi murid-murid Tahun 6, tahun 2012 merupakan tahun peperangan buat anda. Pastikan peperangan yang bakal dihadapi dibuat persediaan yang secukupnya. InsyaAllah, Unit Bimbingan dan Kaunseling akan memyediakan beberapa program yang boleh membimbing anda sepanjang tahun ini. Cuma harapan kami, murid-murid samalah memberi komitmen dan fokus untuk program yang akan dirancangkan. Lebih penting, persediaan itu anda sendiri yang perlu ikhlas mengharunginya untuk mendapat segala keberkatannya. Sekali lagi….selamat belajar.

Previous Older Entries