Kata-Kata Hikmat

01            “Gunakan akal anda seolah-olah nyawa anda bergantung kepadanya” ~ Hamba Allah

02            “Ilmu dan kepandaian itu adalah sahabat yang setia dalam hidup sampai kepada penghabisan umur” ~ Hamba Allah

03            “Kebijaksanaan menjanjikan kejayaan dan kebahagiaan tetapi jika disalahgunakan akan mewujudkan penderitaan.”

04            “Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut kesempatan yang menjelma.”

05            “Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti menghadapinya.” ~ Albert Camus

06            “Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah.”

07            “Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak melakukan perkara yang betul.”

08            “Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik.”

09            “Barangsiapa mempertimbangkan keselamatan dalam tindakannya, maka tenanglah batinnya.”

10            “Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang.” ~ Cecil B. DeMille

11            “Jangan biarkan perahu hanyut tak berpenghuni nanti hanyutnya tidak singgah ke pelabuhan.”

12            “Ukuran yang paling tinggi tentang adab seseorang itu, ia wajib menaruh perasaan malu akan dirinya terlebih dahulu.” ~ Aflatun

13            “Kesempatan yang kecil seringkali merupakan permulaan kepada usaha yang besar.”

14            “Hidup memerlukan pengorbanan. pengorbanan memerlukan perjuangan. perjuangan memerlukan ketabahan. ketabahan memerlukan keyakinan. keyakinan pula menentukan kejayaan. kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.”

15            “Rezeki.. ada di mana2, datang tanpa diduga, tepat pada masa, yg penting, usaha & tawakkal.”

16             “Perbezaan antara orang yang berjaya dengan orang yang gagal terletak pada rohaninya. apa yang dapat difikirkan menentukan apa yang akan dicapai.”

17            “Bukti yang paling jelas tentang ketajaman akal fikiran seseorang ialah apabila ia dapat mempernyatakan apa yang ia mahu dengan secara ringkas.”

18            “Berfikir secara rasional tanpa dipengaruhi oleh naluri atau emosi merupakan satu cara menyelesaikan masalah yg paling berkesan.”

19            “Berfikir itu cahaya, kelalaian itu kegelapan, kejahilan itu kesesatan dan manusia yang paling hina ialah orang yang menganiaya orang bawahannya.”

20            “Pemimpin yang berjaya ialah orang yang boleh mengawal komunikasi dengan orang yang lebih atas daripadanya dan boleh mengawal komunikasi dengan orang yang lebih bawah daripadanya.”

 

Sumber: Cikgu Zulkarnain Farihin Abdullah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: