Program Persiapan Akhir UPSR

Semalam, 5 September 2011 bersamaan 7 Syawal telah berlangsung Program Persiapan Akhir UPSR. Berlangsung di surau sekolah di mana matlamat program ialah untuk memberi pendedahan kepada pelajar tahun enam Sekolah Kebangsaan Semerah Padi tentang persiapan dari segi fizikal, mental dan rohani serta persiapan minggu terakhir, hari terakhir, hari peperiksaan, di luar dewan peperiksaan, semasa di dalam dewan peperiksaan dan semasa menjawab soalan di saat-saat akhir sebelum menduduki peperiksaan UPSR. Di samping itu, mereka juga dapat mengenal pasti matlamat yang ingin dicapai di dalam UPSR kelak.
Bertemakan “5A Dalam Genggaman”, rasional program ini ialah melahirkan pelajar tahun enam Sekolah Kebangsaan Semerah Padi yang berketerampilan, berwawasan dan juga cemerlang dalam segala bidang yang diceburi terutamanya dalam akademik dan meningkatkan jati diri dan motivasi di kalangan mereka.
1.0 OBJEKTIF
Pada akhir program ini, murid-murid dapat :

1.1 Mengetahui apa yang perlu dilakukan menjelang hari-hari terakhir peperiksaan dari segi fizikal, mental dan rohani.

1.2 Mengetahui apa yang perlu dilakukan pada hari peperiksaan

1.3 Mengetahui apa yang perlu dilakukan di luar dewan peperiksaan

1.4 Mengetahui apa yang perlu dilakukan di dalam dewan peperiksaan

1.5 Mengetahui apa yang perlu dilakukan semasa menjawab soalan

This slideshow requires JavaScript.

Leave a comment