Minggu Anti Dadah 11 hingga 15 Julai 2011

Minggu Anti Dadah Sekolah Kebangsaan Semerah Padi berlangsung dari 11 Julai hingga 15 Julai 2011. Pelbagai pengisian program telah dirancangkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling. Pada hari pertama inil, perasmian telah dilakukan oleh Guru Besar SK Semerah Padi. Sebaik sahaja selesai perasmian, pihak Agensi Anti Dadak Kebangsaan telah mengadakan ceramah dan pameran di kawasan lobi sekolah. Selain daripada pameran dan ceramah, AADK juga telah mengadakan program kuiz berkaitan pameran mereka. Terima kasih kepada pihak AADK Sarawak.

Hari kedua berlangsung pertandingan mewarna poster bagi Tahap 1 manakalan bagi Tahap 2 pula pertandingan mencipta slogan anti dadah telah diadakan. Laporan dari masa ke masa akan dibuat oleh UBK.

This slideshow requires JavaScript.

Leave a comment